Buat kali ke duanya aku menaiki eye on malaysia. Kali pertama aku menaiki bersama encik abang aku. Rasa romantiknya ketika itu. Dengan suasana pesekitaran yang amat menarik serta berwarna-warni dengan lampu-lampu yang bercahaya yang mewakili keindahan negeri Melaka ini. Tapi untuk kali ke dua ini, aku bersama dengan adik-adik sepupuku. Terpaksa juga aku kena naik sebab mak dan kakaknya tidak berani untuk menaikinya. Walaupun aku menaikinya waktu malam juga, tapi kali ini lain sekali. Kerana aku menaikinya agak lewat juga. Tidak silap aku agak-agak hampir pukul 11 malam. Pemandangan cantik sudah tidak dihiraukan aku lagi, sebab keadaan ketika itu sungguh sejuk. Hanya fikir bilalah hendak turun. Hehe...
Apa-apa pun aku bangga jadi anak Melaka. So, aku cadangkan siapa-siapa yang belum pergi, baik pergi.

Apa-apa pun aku bangga jadi anak Melaka. So, aku cadangkan siapa-siapa yang belum pergi, baik pergi.
==Pemandangan Dari Hotel Yang Aku Duduk==
==Masjid Selat==

1 comment:
kak nies g dgn 'adek2 sepupu' yg ne satu tuh???? (smbl wat muke curious sesangat2)
Post a Comment